Ingin bercuti di Johor Bahru? Nak jalan-jalan di Legoland, Hello Kitty dan universal Studio Singapore?
Ada kenduri dan perlukan penginapan untuk saudara mara di Johor Bahru?
Anak bakal konvo di UTM Skudai?
Anda mencari homestay yang selesa untuk keluarga yang ramai?
Di sinilah jawapannya.
Jom order Cheese Tart Gebu, Cupcake, Victoria Sponge Cake @ Kangkar Pulai, UTM Skudai, Pulai Perdana & Taman Universiti Johor Bahru - Suria Baker's Best Cheesetart in Skudai, Johor Bahru
Victoria CupCake
Tuesday, March 31, 2015
Monday, March 30, 2015
Victoria Cup Cake
Kek ini adalah inspirasi dari kek Victoria Sponge. Su buat sedikit perubahan supaya lebih sesuai utk dibakar dalam paper cup. Rasanya tetap sama. Insyaallah. Dalam kek ada filing strawberry dan blueberry. Kemudian ditambah swiss buttercream yang sedap dan tak muak itu. Lagi sekali su letakkan filling utk menambah rasa serta warna kemudian diletakkan buah fresh di atasnya. Boleh pilih untuk campur atau mahu salah satu ye.
Tempahan untuk sekitar Johor Bahru dan Skudai. Sesiapa datang berjalan ke Legoland dan sbgnya dan berhajat untuk singgah di Jb boleh la order. Insyaallah su boleh hantarkan.
Tempahan untuk sekitar Johor Bahru dan Skudai. Sesiapa datang berjalan ke Legoland dan sbgnya dan berhajat untuk singgah di Jb boleh la order. Insyaallah su boleh hantarkan.
Victoria Sponge Cake
Alhamdulillah..inilah kek yang pertama su buat. Victoria Sponge Cake. kek ni nampak simple tapi sangat sedap. Rasa butter yang sangat mewah dan sangat moist. Klu su buat kek ni biasanya su tak simpan dalam fridge sbb takut keras.
Universal Studios, Los Angeles
Pertamakali menjejaki bumi Amerika pada bulan November 2008. Siapa sangka, tak pernah pun mimpi nak jejak sana. Alhamdulillah husband dapat tawaran utk hadiri conference di Las Vegas, Amerika.
Lawatan ini pada hari2 terakhir kami di Amerika. Setelah selesai semua urusan husband kami ambil kesempatan utk berjalan2 sekitar LA. Kenapa LA kerana dekat dengan airport hehehe..
Tiket kami beli online dan print dari Malaysia. Satu tiket boleh 2 kali visit. So kedua2 hari tu kami habiskan kat sini la.. itu pun masih byk tempat yg kami belum masuk. hehehe..
Part yg paling best kat sini apalagas... Studio Desperate Housewife la. Punyela pengaruh dia kuat sampai nak buat rumah color lebih kurang kat sana.
Lawatan ini pada hari2 terakhir kami di Amerika. Setelah selesai semua urusan husband kami ambil kesempatan utk berjalan2 sekitar LA. Kenapa LA kerana dekat dengan airport hehehe..
Tiket kami beli online dan print dari Malaysia. Satu tiket boleh 2 kali visit. So kedua2 hari tu kami habiskan kat sini la.. itu pun masih byk tempat yg kami belum masuk. hehehe..
Part yg paling best kat sini apalagas... Studio Desperate Housewife la. Punyela pengaruh dia kuat sampai nak buat rumah color lebih kurang kat sana.
Friday, March 27, 2015
Throwback! Tanjung Piai Penghujung Tanah Besar Asia
Hi semua.. dah terbelek2 komputer husband ni terjumpa pula beberapa album lama. Yang paling best ni zaman2 muda 'remaja'.. baru2 kawin gitu.. :)
28 Mac 2008
Tanjung Piai terletak di Pontian, Johor. Ia adalah point/titik terakhir/penghujung tanah besar Selatan Asia. Siapa sangka kita ada tempat sebegitukan? First time tahu tentang tempat ni Su terkejut juga.. rupanya ramai dari seluruh dunia datang ke Tanjung Piai semata-mata mahu 'selfie' dan cop kaki di sini.. hihi..
Ini pun kebetulan je kami ada Bengkel Fail Meja di sini. Hotel tak ingat nama apa tapi masa ni 2008, hotel ni macam baru, tapi su bagi 2 bintang je la... Yang penting makannya best uols.. makanan laut mmg teringat sampai ke tahun 2015 ni. Omaigad.
Menggamit memori album2 lama.. silakan wahai teman2 ku.. lihatlah perubahan kita semua.. hati senang katekan ye..
Thursday, March 26, 2015
Tempahan Semperit Dahlia Johor Bahru
Semperit Dahlia Mini Pack untuk rakan opis |
Ok, su juga buat semperit ni tau. Kawan2 opis yang beli kotak2 kecil semua tempah besar punya. Tak puas katanya.....
Jom order : RM20 utk 40pcs ++
Area Johor Bahru, Skudai. Nak jadi agen pun boleh.. mesti lah ada share korang.. yang penting belian 5 kotak ke atas ye.. Utk 50 kotak ke atas sila contact Su ye.
Tempahan Cheesetart di Johor Bahru
Penggemar cheesetart sekitar Johor Bahru, bolehlah tempah cheesetart dengan Su ye. Dah beratus2 kotak. dah beribu2 biji dah su buat. Alhamdulillah semua puas hati dan order berkali2. Meemang sedap..
Follow ig : @sitinoorsuria
FB: Siti Noorsuria
#cheesetartsuriajb
Dah harganya acaner plak?
Susu Terbaik untuk Bayi Batuk Berkahak
Ada ibu-ibu di luar sana yang mencari susu yang sesuai untuk bayi yang batuk berkahak?
Mesti kasihan melihat baby di bawah 2 tahun ni batuk berkahak. Lagilah mereka ni belum tahu pun nak buang kahakkan. Parent pun mesti risau, tak boleh tidur malam melihat keadaan anak kita yang tak boleh bernafas dengan baik.
Dani ditahan wad pada usia 2 bulan |
Dani ditahan wad beberapa bulan kemudian utk kali ke 2 |
Su cerita ni berdasarkan pengalaman Su sendiri la kan. Alkisahnya bermula sejak anak bongsu Su, Dani. Dia di masukkan ke wad akibat jangkitan kuman pada paru2 sejak usia 2 bulan selama 11 hari. 3 bulan selepas tu masuk lagi skali. Masuk wad tu satu hal la.. kene cucuk sana sini, amik darah, masuk air, oksigen lagi. Lagi2 budak dah lasak. Serik mak serik!!!
First 6 month memang su bagi susu badan sepenuhnya. Kemudian lepas 6 bulan susu badan dah mulai mengering, Su pun dah kembali bekerja dan tak sempat untuk pam mengikut jadual. So dalam umur 8 bulan dah beri susu formula sepenuhnya. Su cuba S26, nampak mcm najisnya macam ada tanda2 sembelit.. dan kejap2 batuk, berlendir2 kahak tak hilang2. Aish susah hati betul.
Sampailah satu hari tu ke Jusco (AEON) nak beli susu abangnya. Jumpala dengan promoter DUMEX MUMIL. Dia cerita kita dengar je la kan. Tak sangka apa yang kita nak memang ada dlm susu tu.
Pertama dia kata susu tu boleh melancarkan proses pembuangan.
Kedua boleh mengurangkan lendir dan batuk.
Kami cuba dulu 2 kotak satu rumah dah satu rumah baby sitter. Alhamdulillah memang hampir setahun tak demam teruk, apalagi batuk berhaka macam sebelum ni.
Bulan lepas su gatal tangan betul nak tukar susu. GST dah nak start uols, tak boleh nafila.. memang baaaaanyak sangat barang naik harga. So Su tukarla susu Dani kepada susu Dumex Dugro. Pastu Dani dah start demam dan batuk.
Tak puas hati tukar lagi kepada Dutch Lady juga tak hilang2 batuk dah berminggu.
Then su decide kami kene korbankan lah kewangan kami untuk anak2. so bila ada promosi kami beli la byk2... sebulan habis dlm RM300++ jugak la utk susu Dani sahaja..
Su tidak jamin susu ini boleh kurangkan batuk anak2 ibubapa semua tapi ini adalah dari pengalaman Su sendiri dan ini hanyalah cadangan untuk ibubapa yang sedang mencari2 susu yang sesuai untuk anak2 sendiri. Kita berusaha tapi Allah Taala juga yang menentukan.
Semoga bermanfaat.
Subscribe to:
Posts (Atom)