Victoria CupCake

Victoria CupCake

Thursday, March 26, 2015

Susu Terbaik untuk Bayi Batuk Berkahak

Ada ibu-ibu di luar sana yang mencari susu yang sesuai untuk bayi yang batuk berkahak?  

Mesti kasihan melihat baby di bawah 2 tahun ni batuk berkahak.  Lagilah mereka ni belum tahu pun nak buang kahakkan. Parent pun mesti risau, tak boleh tidur malam melihat keadaan anak kita yang tak boleh bernafas dengan baik.  


Dani ditahan wad pada usia 2 bulan
Dani ditahan wad beberapa bulan kemudian utk kali ke 2

Su cerita ni berdasarkan pengalaman Su sendiri la kan. Alkisahnya bermula sejak anak bongsu Su, Dani.  Dia di masukkan ke wad akibat jangkitan kuman pada paru2 sejak usia 2 bulan selama 11 hari.  3 bulan selepas tu masuk lagi skali.  Masuk wad tu satu hal la.. kene cucuk sana sini, amik darah, masuk air, oksigen lagi.  Lagi2 budak dah lasak. Serik mak serik!!!

First 6 month memang su bagi susu badan sepenuhnya.  Kemudian lepas 6 bulan susu badan dah mulai mengering, Su pun dah kembali bekerja dan tak sempat untuk pam mengikut jadual. So dalam umur 8 bulan dah beri susu formula sepenuhnya.  Su cuba S26, nampak mcm najisnya macam ada tanda2 sembelit.. dan  kejap2 batuk, berlendir2 kahak tak hilang2. Aish susah hati betul.

Sampailah satu hari tu ke Jusco (AEON) nak beli susu abangnya.  Jumpala dengan promoter DUMEX MUMIL.  Dia cerita kita dengar je la kan.  Tak sangka apa yang kita nak memang ada dlm susu tu.  

RM108 ++ (1.5 kg)

Pertama dia kata susu tu boleh melancarkan proses pembuangan. 
Kedua boleh mengurangkan lendir dan batuk.

Kami cuba dulu 2 kotak satu rumah dah satu rumah baby sitter.  Alhamdulillah memang hampir setahun tak demam teruk, apalagi batuk berhaka macam sebelum ni.

Bulan lepas su gatal tangan betul nak tukar susu.  GST dah nak start uols, tak boleh nafila.. memang baaaaanyak sangat barang naik harga. So Su tukarla susu Dani kepada susu Dumex Dugro. Pastu Dani dah start demam dan batuk. 

Tak puas hati tukar lagi kepada Dutch Lady juga tak hilang2 batuk dah berminggu.  

Then su decide kami kene korbankan lah kewangan kami untuk anak2.  so bila ada promosi kami beli la byk2... sebulan habis dlm RM300++ jugak la utk susu Dani sahaja.. 

Su tidak jamin susu ini boleh kurangkan batuk anak2 ibubapa semua tapi ini adalah dari pengalaman Su sendiri dan ini hanyalah cadangan untuk ibubapa yang sedang mencari2 susu yang sesuai untuk anak2 sendiri.  Kita berusaha tapi Allah Taala juga yang menentukan.

Semoga bermanfaat.


11 comments:

  1. tq su ats perkongsian esok nk try,ank minum susu anmum batuk teruk berkahak,muntah susu tu pekat gila,tukar s26 mcm tu jugak,esok nk pergi cari.. semoga sue skelurga di murahkn rezeki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak MCM mana tukar susu okeeuy dah Kee..kongsi pegalaman

      Delete
  2. Assalammualaikum.. Sis.. Kalau untuk baby ade x jenama ni.. Baby dh byk kali warded sebab berkahak..😣

    ReplyDelete
  3. Ank sy bru 2bln lbih .. Nafas bbnyi sbb Ada kahak

    ReplyDelete
    Replies
    1. same dgn bby sy berkahak.. risau betul. baru nk masuk 2 bulan. sbb susu formula ke?

      Delete
    2. Sama la sis....tp sis tukar susu apa??boleh kongsi kan x

      Delete
    3. Sama la sis....tp sis tukar susu apa??boleh kongsi kan x

      Delete
  4. Tq sis utk perkongsian, nak try juga sebab baby berkahak malam, siang mcm xnmpak, lama dah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcmana sis anak sis bila guna susu ni.sbb anak sy mmpunyai masalah yg sama...

      Delete
  5. BBy sy pon berkahak jgk.. Td g klinik kbe buat sonotron untuk cairkn kahak.

    ReplyDelete
  6. Saya baru cuba susu ni. Mmg kahak keluar hijau keluar. Berapa minggu kahak hijau xkwl

    ReplyDelete