Victoria CupCake

Victoria CupCake

Wednesday, August 5, 2015

SOLD: Rumah untuk dijual di kawasan Bandar Baru Kangkar Pulai, Johor Bahru

Rumah untuk dijual dengan kadar segera.  Siapa cepat booking kita proceed a.s.a.p procedur semua.


Lokasi: Bandar Baru Kangkar Pulai, Johor Bahru

Rumah teres 1 tingkat End Lot

Keluasan: 22' x 70' 

Kondisi Rumah: 
  • dah extend habis
  • fully tiles sehingga car porch
  • pagar berbatu
  • 3 bilik, 2 bilik air (satu attach to master bedroom)
  • kitchen cabinet lebih dari 22' siap counter
  • plug soket dan wiring telah ditambah dengan menggunakan khidmat profesional (selamat)
  • free antena (boleh dapat channel Singapore dan Indonesia
  • free Aircond - master bedroom
  • free kipas dan lampu untuk semua ruang termasuk lampu belakang rumah
  • free autogated
  • free kitchen hub 
Masuk tinggal duduk je tak perlu renovate lagi.

Harga RM270 000

Jika berminat sila hubungi segera Su 019- 3732333

Ruang Tamu - baru cat hari raya - belum paku hiasan supaya pembeli dapat rumah yang tidak rosak catnya.
Meja makan - juga di Ruang Tamu
Ruang keluarga - dibahagian tenga rumah.

Dapur with kitchen Cabinet 
Bilik air no 2

Bilik No 3

Production Chessetart dan sebagainya dihentikan buat sementara.

Assalamualaikum, buat pelanggan setia dan baru Su minta maaf terpaksa menghentikan baking buat masa sekarang.  Kalau bersambung sekalipun bukan lagi sekitar Johor Bahru.  Kami akan berpindah.. Proses2 perpindahan akan berjalan dalam masa lama...memandangkan kami juga sedang dalam proses jual rumah dan sebagainya.  Jika ada kawan2 sedang mencari rumah bolehla lihat2 rumah yg saya duduki sekarang.  Siapa cepat dia dapat.  Confirmation with booking.  Kita akan proceed secepat mungkin ok..

Nak tgk rumah su boleh ke next post.. bye bye semua..

Sunday, April 26, 2015

Apam Polkadot di Johor Bahru

Su sedia menerima tempahan apam polkadot di sekitar Johor Bahru.  Apam yang su buat bersaiz sederhana.  Buat masa sekarang semua corak yang Su buat adalah bercorak polkadot. Semua apam ni siap dengan inti.

Tuesday, April 14, 2015

Semperit Dahlia Koko Tanpa Telur

Satu lagi semperit dahlia yan berperisa koko atau coklat,  bau coklatnya fuh.. semerbak.  Memang sedap dan puas hari.  Cantik pula tu..

Tuesday, March 31, 2015

Homestay di Johor Bahru dan Skudai

Ingin bercuti di Johor Bahru?  Nak jalan-jalan di  Legoland, Hello Kitty dan universal Studio Singapore?
Ada kenduri dan perlukan penginapan untuk saudara mara di Johor Bahru?
Anak bakal konvo di UTM Skudai?
Anda mencari homestay yang selesa untuk keluarga yang ramai?

Di sinilah jawapannya.

Monday, March 30, 2015

Victoria Cup Cake

Kek ini adalah inspirasi dari kek Victoria Sponge.  Su buat sedikit perubahan supaya lebih sesuai utk dibakar dalam paper cup.  Rasanya tetap sama. Insyaallah.  Dalam kek ada filing strawberry dan blueberry.  Kemudian ditambah swiss buttercream yang sedap dan tak muak itu.  Lagi sekali su letakkan filling utk menambah rasa serta warna kemudian diletakkan buah fresh di atasnya.  Boleh pilih untuk campur atau mahu salah satu ye.


Tempahan untuk sekitar Johor Bahru dan Skudai.  Sesiapa datang berjalan ke Legoland dan sbgnya dan berhajat untuk singgah di Jb boleh la order.  Insyaallah su boleh hantarkan.


Victoria Sponge Cake

Alhamdulillah..inilah kek yang pertama su buat.  Victoria Sponge Cake.  kek ni nampak simple tapi sangat sedap. Rasa butter yang sangat mewah dan sangat moist.  Klu su buat kek ni biasanya su tak simpan dalam fridge sbb takut keras.